Terima Kasih Kerana Mengunjungi Blog Ini. Cerita, Gambar & Video Lucu Dalam Blog Ini Di Petik Dari Pelbagai Sumber Termasuklah Internet, Email, Majalah & Sebagainya.
Cerita, Gambar & Video Dari Blog Ini Hanyalah Untuk Hiburan & Tidak Kena Mengena Dengan Mana-Mana Pihak. Semua Tulisan, Video Atau Gambar Hanya Bertujuan Untuk Hiburan.
Anda Juga Boleh Berkongsi Cerita Lucu Anda Di Sini Dengan Menulis Di Ruangan Di Bahagian Bawah. SEMOGA TERHIBUR.
21 July 2010
Telur ayam siapa?
Azhar gemar memelihara ayam dan setiap pagi dia akan mengutip telurnya. Suatu hari dia pergi kekebun dan mendapati ayamnya bertelur di bawah pokok limau jirannya, Herman. Dia menjadi sangat marah apabila ternampak Herman sedang mengutip telur ayamnya. "Hey, jangan ambil, itu telur ayam saya"jerit Azhar.
"Mana boleh ia bertelur didalam kebun saya, maknanya saya punyalah" balas Herman. "Saya kata itu telur ayam saya" kata Azhar. Mereka pun bertengkar. "Macam ini lah, biasanya keluarga saya akan selesaikan masalah ini dengan beradu kekuatan. Apa kata kita lawan sepak perut, siapa bangun lebih cepat dia menang. Mula-mula saya akan sepak perut awak dulu" kata Azhar. Herman bersetuju dengan cadangan itu. Azhar pun balik kebangsalnya dan terus memakai kasut but. Kemudian dia kembali semula mencari jirannya itu.
Setelah bersedia Azhar menyepak perut Herman sekuat-kuat hatinya. Jirannya jatuh tersungkur dan berguling-guling menahan kesakitan. Herman mengambil masa 30 minit untuk bangun kembali.
"Ha, sekarang giliran awak pula" kata Herman yang sudah bersedia untuk menyepak Azhar. "Nanti dulu, ambillah telur ini" kata Azhar dan terus pergi meninggalkan Herman.
No comments:
Post a Comment