22 July 2010

Mentua VS Menantu

Seorang bapa mentua mendapat idea untuk mengajar menantunya Samad yang kuat makan tetapi malas bekerja. "Samad..jom main dam aji.."kata bapa mentua. "Boleh jugak..." kata Samad.

Bila sahaja bermain, bapa mentua sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Samad. Si bapa hulur, Si Samad makan. Hulur makan lagi. Sebiji, dua biji, tiga, empat. "Eh, ko ni Samad..Kuat betul makan. Agak-agaklah. Kerja malas," kata bapa mentua sambil tersenyum sinis. "Alamak bapak mentua perli aku ni..mentang-mentang aku tak keje..kuat makan," fikir Samad.

Kemudian mereka bermain set kedua. Bapa mentuanya hulur lagi tapi Samad tak makan. Hulur lagi, tak makan juga. Buah dam Samad kena tangkap sebab tak makan. "Hii..hi..mesti Samad ni dah terasa..baru padan muka," getus hati bapa mentua geli hati. Akibatnya banyak buah dam Samad ditangkap, bapa mentuanya berjaya melangkah hingga ke haji. "Yahoo..aku dah naik haji," jerit bapa mentuanya seronok. Apa lagi Samad terus ambil peluang kenakan mentuanya. "Ehh..orang tak pernah sembahyang pun boleh dapat haji ke?" sindir Samad tersenyum sinis.

No comments:

Post a Comment