22 July 2010

Lawak Budak Sekolah 7

Lawak Budak Sekolah 6

Lawak Budak Sekolah 5

Lawak Budak Sekolah 4

Lawak Budak Sekolah 3

Lawak Budak Sekolah 2

Lawak Budak Sekolah

Mentua VS Menantu

Seorang bapa mentua mendapat idea untuk mengajar menantunya Samad yang kuat makan tetapi malas bekerja. "Samad..jom main dam aji.."kata bapa mentua. "Boleh jugak..." kata Samad.

Bila sahaja bermain, bapa mentua sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Samad. Si bapa hulur, Si Samad makan. Hulur makan lagi. Sebiji, dua biji, tiga, empat. "Eh, ko ni Samad..Kuat betul makan. Agak-agaklah. Kerja malas," kata bapa mentua sambil tersenyum sinis. "Alamak bapak mentua perli aku ni..mentang-mentang aku tak keje..kuat makan," fikir Samad.

Kemudian mereka bermain set kedua. Bapa mentuanya hulur lagi tapi Samad tak makan. Hulur lagi, tak makan juga. Buah dam Samad kena tangkap sebab tak makan. "Hii..hi..mesti Samad ni dah terasa..baru padan muka," getus hati bapa mentua geli hati. Akibatnya banyak buah dam Samad ditangkap, bapa mentuanya berjaya melangkah hingga ke haji. "Yahoo..aku dah naik haji," jerit bapa mentuanya seronok. Apa lagi Samad terus ambil peluang kenakan mentuanya. "Ehh..orang tak pernah sembahyang pun boleh dapat haji ke?" sindir Samad tersenyum sinis.

Zack or Zakiah?


Azura dan Zack bersahabat sejak dari kecil.. Azura dan Zack saling cinta mencintai..

Setelah Besar... Zack melanjutkan pelajaran ke US dan Azura hanyalah seorang penganggur.. Tetapi mereka terus berhubung surat dan telefon..hinggalah 2 tahun kemudian... Zack tidak lagi menghantar sebarangberita...

Azura bersedih dan selalu berdoa agar hati Zack tidak berubah...

Setelah lebih 5 tahun... barulah Zack mengirimkankan satu surat dan minta agar Azura menjemputnya di Lapangan Terbang...

Azura sangat gembira dan merasakan Zack masih menyintainya...

Semasa menunggu Zack di lapangan terbang... Tiba-tiba bahu Azura di tepuk seseorang. Dan ternyata orang itu adalah seorang gadis yang putih, tinggi, seksi dan berbaju biru ketat.

"Kamu Azura kan?" tanya gadis Cun itu... lantas menyambung...
"Kenalkan aku Zakiah... .! Aku ingin memberitahu bahawa engkau tidak akan bertemu lagi dengan Zack. Lupakanlah dia... .." tegas gadis tersebut

Azura pucat dan hendak menangis...
"Pompuan tak guna.. dah kau rampas Zack dari aku.. kau sakitkan hati ku lagi... " marah Azura..

Tiba-tiba gadis itu tersenyum dan menepuk bahu Azura dan berkata... .

"Bawa bertenang... ini akulah ... .Zack!!! nama baruku Zakiah.
Auwwww... ."

kwang,kwang,kwang... ... ... ... ..

Isteri Yang Kerek

Pada suatu hari, hendak terjadi hal, si suami terlupa akan birthday isterinya. Si isteri terkilan dan esoknya isteri tidak menggosok baju suaminya, tidak sediakan bfast & tak salam suami dier. Suaminyer plak rasa terkilan.

Kirenyer diorg gado sampai lebih seminggu dah, & si suami tu pon amek pendekatan bengong, die x cakap ngan isterinyer dah tp berkomunikasi secara note je. Die tulis atas kertas, die bg suami die bace.

Dan satu mlm, suami tu tulis note kat isteri dier, 'YANG, TLG KEJUT ABG KUL 6.30 PG YER, ADE MESYUARAT TERGEMPAR SOK'. Isteri die menganguk..

Kringg!!! Kringg!! Kring!! Bunyi alarm bunyi. suami tu pon bangun, die tgk jam, dah kul 9.00 pg. Dgn tensennyer die kalih ke sebelah, isteri die takde, tapi ada kertas atas katil, die amek lalu bace.. 'BANG, BANGUNLAR BANG, DAH 6.30 PG NI, NANTI LEWAT. BANG, BANGUNLAR..'

Suami pon bermonolog dalaman pada dirinya 'ampeh...

21 July 2010

Telur ayam siapa?

Azhar gemar memelihara ayam dan setiap pagi dia akan mengutip telurnya. Suatu hari dia pergi kekebun dan mendapati ayamnya bertelur di bawah pokok limau jirannya, Herman. Dia menjadi sangat marah apabila ternampak Herman sedang mengutip telur ayamnya. "Hey, jangan ambil, itu telur ayam saya"jerit Azhar.

"Mana boleh ia bertelur didalam kebun saya, maknanya saya punyalah" balas Herman. "Saya kata itu telur ayam saya" kata Azhar. Mereka pun bertengkar. "Macam ini lah, biasanya keluarga saya akan selesaikan masalah ini dengan beradu kekuatan. Apa kata kita lawan sepak perut, siapa bangun lebih cepat dia menang. Mula-mula saya akan sepak perut awak dulu" kata Azhar. Herman bersetuju dengan cadangan itu. Azhar pun balik kebangsalnya dan terus memakai kasut but. Kemudian dia kembali semula mencari jirannya itu.

Setelah bersedia Azhar menyepak perut Herman sekuat-kuat hatinya. Jirannya jatuh tersungkur dan berguling-guling menahan kesakitan. Herman mengambil masa 30 minit untuk bangun kembali.

"Ha, sekarang giliran awak pula" kata Herman yang sudah bersedia untuk menyepak Azhar. "Nanti dulu, ambillah telur ini" kata Azhar dan terus pergi meninggalkan Herman.

Bogel

Kitty dan suaminya sedang mandi bertelanjang dalam bilik air di tingkat atas rumah mereka, tiba tiba lonceng pintu berdering...ring ..ring..ring....Maka si Kitty terus membungkus tubuhnya dengan tuala dan berlari kebawah untuk membuka pintu.

Rupa-rupanya, Robert jiran rumah mereka berdiri di depan pintu dan berkata " Oh..Minta maaf kerana menggangu u yang sedang mandi.."

Kitty menjawap " tidak apa, biasalah tu..apa u mahu"

Robert terus dengan ghairahnya menjawap " Ohh..Kitty..u mempunyai kulit putih melepak halus bak sutera , jika I offer u RM100.00 sanggupkah U menanggalkan tuala bahagian atas sebagai balasan???"

Dengan secepat kilat tanpa berfikir panjang maka ditanggalkan bahagian atas tuala memperlihatkan buah dadanya yang menbukit demi wang RM100.00..

"WOW" Robert dengan mata terbeliak menghayati buah dadanya yang secara langsung memberangsangkan semangatnya sekaligus menawarkan RM100.00 lagi kepada Kitty untuk menanggalkan kesemua tualanya!!

"Kenapa tidak" balas Kitty "itu ganjaran yang amat lumayan" dan terus melonggarkan tualanya memperlihatkan keayuan tubuh yang mengiurkan tanpa seurat benang pun!!.

Maka Robert dengan air liur yang meleleh keluar dan merasa rimas yang amat ketara seperti disimbah air sejuk dengan bahagian zip seluar yang seakan-akan pecah terus menyerahkan Not RM200.00 kepada Kitty tanda kepuasan yang tak terhingga sambil berlari pulang ke rumahnya untuk melakukan latihan 'menembak'.

Apabila Kitty kembali ke bilik air untuk menyambung balik mandinya maka suaminya bertanya " Siapa yang membunyikan lonceng pintu ?"

"Jiran kita, Si Robert" Jawap Kitty

"Robert??" Tanya Suaminya "Adakah dia memulangkan Wang RM200.00 yang dipinjam dari saya tempoh hari??"

Cerita Ayam yang Macho


Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 25 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak). Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasad dengki menguasai dirinya, mulalah dier mengatur strategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :


Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.

Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedar diri!! Ko tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja larr.

Si ayam jalak tua : Eh!!..berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Saper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... OKlah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemachoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (Kalu bertanding cabut bulu ayam confirm nasib ayam jalak tua dah mcm lam gambar tu..he..he..he)

Si ayam jalak tua : Takde arr! Senang jer..Pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depan ko 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul..si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik mereka.
Kenapa?????

[jawapan ada di bawah]





Kata Pemilik : "Kurang ajar. NI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"

NILAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...

Tetamu tak di undang


Seorang lelaki menghampiri rumah jirannya dan mengetuk pintu...Ketika wanita muda tuan rumah itu membuka pintu..lelaki itu bertanya... 

"Cik Puan... adakah cik puan pandai bermain seks?" 

Kerana terkejut... wanita muda itu menghempas pintu rumahnya dengan perasaan marah...Namun, lelaki itu tetap mengetuk pintu rumah tadi dan bertanyakan soalan yang sama. Kali ini wanita muda itu menjerit sekuat hati sambil mengusir jirannya yang tidak senonoh itu...

Malamnya.. wanita itu telah menceritakan kejadian memalukan siang tadi kepada suaminya. Suaminya berjanji akan menunggu lelaki biadap itu keesokan harinya jikalau dia datang lagi.

Ternyata benar... keesokan harinya lelaki yang sama datang lagi dan mengetuk pintu. Wanita itu segera membuka pintu sementara suaminya bersembunyi sambil memegang senapang...

Lelaki itu terus bertanya.."Cik Puan... Cik Puan ni pandai tak main seks?"

"Mestilah pandai.. kenapa encik bertanya soalan ini?" jawab wanita itu dengan berani...

"Baguslah kalau pandai..." kata lelaki itu..."Kalau begitu.. puaskanlah suami cik puan dan beritahu dia supaya menjauhi isteri saya!!!"

Loghat


Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan
loghat pantai timur?


Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah
 

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."


Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".


Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."


KESIMPULAN:
Tidak mungkin pipi emaknya tiada, tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!

Just for laugh

• New mode of car pooling?


• Safety 1st

                           

• Angry owner

                            

• New type of CCTV


• Don’t spit to LOUD. TQ


• New rules while taking Bus


• New method to air Armpit


• Baby shopping?


• Malaysia’s Lamborghini



• Please adhere to the speed limit

17 July 2010

Bahaya Niiee….

Notis Penting!!! Sebarkan kepada
Wanita yang Anda kenali.

Kebelakangan Ini, Sebahagian Kawasan
Di Kuala Lumpur Diresahkan
oleh Kejadian Mengerikan Yang Terjadi
Hampir Setiap Hari.
Diberitakan Ada Seorang Pengamal Ilmu
Hitam Yang Berkeliaran Di
Daerah-Daerah Di Kuala Lumpur,
Sebahagian Besar Selangor Dan Juga
Negeri Sembilan.

Sasarannya Adalah Wanita, Tidak Kira
Muda Atau Tua Dan Tidak
Mengira Paras Rupa. Penjahat Ini
Berhasrat Untuk Memperkosa 2000
Wanita Agar Dapat Menyempurnakan
Ilmunya. Sampai Ke Saat Ini
Sudah Beratus-Ratus Mangsa Yang
Berjaya Diperkosanya Dan
Kebanyakan Terjadi Di Rumah-Rumah
Kediaman Wanita-Wanita
Tersebut.

Pihak Polis Tidak Dapat Mengesan
Penjenayah Ini Karena Kesaktian
Ilmunya. Cara Orang Ini Melakukan
Kejahatannya Ialah Dengan
Menjelmakan Diri Menjadi Seekor Nyamuk
Kecil, Kemudian Menyusup
Ke Kamar Wanita Yang Sedang Tidur,
Menjelma Semula Menjadi
Manusia Dan Dengan Kejam Dan Ganasnya
Memperkosa Mangsanya.

Amat Sukar Bagi Pihak Berkuasa Untuk
Menangkap Penjenayah Ini
Kerana Setelah Selesai Memperkosa
Gadis-Gadis Dia Akan
Menjelmakan Semula Dirinya Menjadi
Nyamuk Dan Ghaib Dari Tempat
Kejadian. Sudah Beratus Ahli Ilmu
Kebatinan Dari Segenap Ceruk
Rantau Termasuk Dari Indonesia Telah
Dibawa Untuk Membantu Pihak
Polis Mengesan Dan Mengalahkan
Penjenayah ini.

Tetapi Malang Sekali Kerana Ilmu Yang
Ada Padanya Cukup Tinggi
Dan Tak Termampu Untuk Ditandingi Oleh
Sesiapa Dan Hingga Ke Saat
Ini Dia Dikatakan Masih Berkeliaran Di
Sekitar Lembah Kelang
Untuk Mencari Korban Seterusnya
Sehingga Berjaya Memenuhi
Tuntutan Ilmu Hitamnya Iaitu Harus
Memperkosa Sehingga 2000 Orang.

Bagi Wanita Yang Sering Tidur
Sendirian, Mengunci Pintu Bilik Dan
Lain-Lain Pintu Bukanlah Suatu
Tindakan Yang Bijak Kerana Dengan
Mengunci Pintu Bilik, Orang Lain Tidak
Dapat Memberikan
Pertolongan Dengan Segera. Seandainya
Perkara Yang Tak Diingini
Berlaku Keatas Diri Anda. Sekali Lagi
Sampai Ke Saat Ini Belum
Ada Yang Mampu Untuk Mengalahkan Ilmu
Si Siluman Nyamuk Ini
Kecuali Hanya Ada Satu Penangkal Yang
Sangat
Mujarab Iaitu :







RIDSECT
Membunuh Serangga Dengan Berkesan.

Pekerja KFC terjatuh dalam kuali panas..ngeri.......

Cute Pictures







Malam Pertama

Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini. Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk Menguji isteriku.

"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg...."

"Tik..tik..tik..tik..."

"Kring.. kring..kring.."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru,

Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!

TAMAT
Lesson learn nye kat sini ...... buka leerRRRR hadiah tuu duluu>>> hihihee

Kalo terjadik pada aku..apa aku nak buat???

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam Mat berdoa,"Ya Tuhanku, aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di rumah."

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengabulkan permintaan Mat. Pagi esoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Selepas itu, bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan. Selepas menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.

Mat start injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan di simpan dalam peti ais. Kemudian mengambil pakaian kotor untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Kemudian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang
baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai, bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali dan terus tertidur.... ... tak pasti pukul berapa. Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kena tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???...Beranaaak? ??........ Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaa akkkkk... !!!

"Bang, bang... Abangggg... apasal niii....??"

Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami??? "Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.... .....

Moral cerita :
Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.. so kepada suami2 di luar sane mahupun di dalam sini..hargai la isteri anda...........

16 July 2010

Kalaulah binatang ada facebook..


Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm kowang selalu post tu.......

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

Cicak : Isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam : Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

Katak : Malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

Ular : Rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Malam tadi berjaya takutkan manusia..lintang pukang diorang lari..hahah

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: Susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: Semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

Kucing : Update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..

Lipas : Merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

Itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang: Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki: Macam mana nak kurus nie?